PENJANA | Tiga pemilik syarikat didakwa kemuka tuntutan palsu

2023-01-20 0

Tiga pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (PENJANA) PERKESO, berjumlah 136,100 ringgit, dua tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Siti Marzila Daud, 46 tahun, Siti Nor Sofwah Ahmad, 26 tahun, dan Nick Farhan Zakiran Mahadi, 30 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.